Monday, 15 August 2011

Tamar Goreng ( kanda version)

1) tamar yang dipotong dua dan dibuang bijinya
2) tepung gandum 5 sudu + tepung beras 4 sudu dan diaduk dengan air seperti mau buat pancake
3) panaskan minyak
4) celupkan tamar ke dalam adunan tepung dan goreng dengan api kecil
5) apabila tepung diluar telah menjadi rangup, angkat dan sejukkan

Boleh dimakan sebagai hidangan iftar atau diwaktu sore.


sumber photo : saffmuslim.com
resepi : kanda

Lontong Johor ( Kanda Version )

sumber : resepidinda
photo   : google


resepi Lontong dan Kuah 
Bahan-bahan utama:-
...2 keping tempe – dipotong dadu dan digoreng
2 keping tauhu – dipotong dadu dan digoreng
santan daripada 2 biji kelapa (asingkan santan pekat dan santan cair)

penyediaan rencah memasak (ditumbuk atau dikisar)
1 biji bawang besar 
2 ulas bawang putih
5 gram udang kering
Serbuk kunyit

Bahan-bahan sayur
10 batang kacang panjang dikerat 4 cm (boleh diganti dengan kacang buncis)
100 gram kubis
50 gram bunga kubis (cauliflower)
40-50 gram sengkuang (ikut suka)
3 batang terung dipotong dadu
10 gram tauhu kering (fucuk) dan suun - direndam dan digunting halus (2-3 cm)
3 biji cili hidup (hijau atau merah ikut suka) dihiris nipis

garam secukup rasa
perasa secukup rasa

Cara-cara membuat kuat lodeh:-
1. panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumiskan rencah masakan sehingga garing dan naik bau
2. Masukkan santan cair dan panaskan adunan sehingga hamper meggelegak
3) masukkan bahan-bahan sayuran dan masak sehingga ¾ masak
4) masukkan santan pekat
5) masukkan bahan-bahan utama dan kacau jangan pecah santan
6) masukkan garam dan perasa mengikut selera

Adunan hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak pecah santan.

Bahan-bahan Lontong
500 gram beras yang dibasuh
daun pisang dari jenis yang besar dan panjang (dilayur)

Cara-cara membuat lontong
1) buat kelongsing dengan daun pisang yang telah dilayur dan kelip salah satu hujung dengan lidi
2) masukkan beras ke dalam kelongsong (1/3 penuh)
3) kelip hujung yang satu lagi dengan lidi
4) panaskan air dalam periuk besar, masukkan sesudu garam
5) masukkan lontong yang belum di masak tadi dan rebus sehingga 3 jam, sentiasa masukkan air supaya tidak kering
6) setelah 3 jam, keluatkan lontong dan basuh dengan air bersih dan sejukkan

Bahan-bahan hiasan
1) soon yang telah digoreng rangup
2) bawang goreng

Kaedah penyajian
1) potong lontong mengikut kehendak dan masukkan kedalam mangkuk
2) taruh bahan-bahan hiasan
3) masukkan kuah lodeh


Tip dari penulis ( kanda ) :

dalam penyediaan kuah lodeh, sayur yang digunakan terpulang kepada kehendak penyedia.

Boleh gunakan brocolli atau sayur-sayur lain, ada juga menggunakan nangka muda, tetapi pastikan nangka muda dipotong kecil dan direbus dahulu sebelum dimas
ukkan kedalam kuah lodeh

Kanji yang melekat diluar kelongsong lontong boleh menyebabkan pembiakan bakteria, oleh itu untuk memanjangkan tempoh hayat lontong, lontong yang telah dimasak hendaklah dibasuh dengan air bersih dan digantung

Petua daripada saya, masukkan garam di akhir masakan supaya garam tidak menyerap masuk kedalam bahan-bahan sayuran, sekadar melingkuninya

 

Sunday, 14 August 2011

Sambal Goreng Jawa ( Kanda version )

Bahan-bahan utama:-
2 keping tempe - dihiris nipis dan digoreng
2 keping tauhu - dihiris nipis dan digoreng
...2 biji kentang - dihiris nipis dan digoreng
100 gram tauhu kering (fucuk) dan suun - direndam dan digunting halus (2-3 cm)
3 biji cili hidup (hijau atau merah ikut suka) dihiris nipis
100 gram isi udang
hati ayam yang telah digoreng dan di hiris nipis

penyediaan rencah memasak (ditumbuk atau dikisar)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
7 tangkai lada kering
5 gram udang kering
2 cm inci halia
2 cm lengkuas

kicap manis secukup rasa
garam secukup rasa
perasa secukup rasa

Cara2nya:-
1. panaskan kuali, masukkan minyak masak dan tumiskan rencah masakan sehingga garing dan naik bau
2. Masukkan isi udang, cili hidup dan tumis sehingga garing
3) masukkan bahan-bahan utama yang lain dan gaul, sehingga masak dan agak garing
4) Masukkan kicap manis, garam dan perasa dan gaul hingga sebati (dalam 20-30 minit)

Hidangkan ketika panas dengan nasi panas. Sambal Goreng ini boleh tahan lama sehingga dua atau tiga hari, tetapi mesti dihangatkan selalu

Wednesday, 3 August 2011

Sambal godok ( Kanda Version )

Kanda Original simple recipe

1) cili api 20-30 biji
2) bawang putih 5 ulas
3) bawang kecil 3 ulas
4) ikan bilis, dalam 50 gram
5) garam secukup rasa
6) minyak masak 5 sudu makan
6) 1/4 gelas air

ikan bilis dikopek dan dibasuh. Tumbuk cili api dengan bawang putih dan
bawang kecil sehingga separuh lumat, tambah ikan bilis dan tumbuk sehingga sebati dan ikan bilis telah hancur.

panaskan minyak, dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi dan gaul sehingga wangi, masukkan garam secukup rasa, masukkan air dan masak sehingga lembut dan adunan pekat. Kemudian angkat dan sejukkan.

Sambal godok ini tahan lama sehingga 4 atau 6 hari.

Sekiranya tidak suka dengan ikan bilis, boleh gantikan dengan cencaluk. Sekiranya terlalu pedas, boleh tambah cili hidup bagi mengimbangi kepedasan cili api.

Dalam bahasa Jawa, godok ini bererti rebus. Ubi rebus di panggil ubi godok atau singkong godok. Kata orang, diantara nikmat dunia ini ialah makan ubi rebus cicah sambal godok.